Menghias sebenarnya adalah seni yang digabung dengan ilham dan kreativiti. Lebih bagus lagi sekiranya kerja menghias itu memenuhi bajet pilihan. Adakala ia cuma memerlukan sedikit perubahan dan dapat meningkatkan atmosfera seperti yang dihajati.
Sekiranya keadaan sedia ada dirasakan telah menjemukan atau membosankan maka itulah petanda ruang kediaman atau pejabat anda perlukan sentuhan baru. Mungkin anda perlukan kekemasan baru ataupun sedikit perubahan gaya yang dapat mengimbangi perasaan dan citarasa yang damai, tenang, bertenaga, harmoni dan hidup.
Perubahan-perubahan baru itu dapat dilaksanakan seperti idea begini:
a) Mengubah warna dinding kepada warna lembut dan tenang dengan cat
b) Meningkatkan elemen baru pada ruang dengan menampal kertas dinding untuk seri ruang
c) Menukar langsir sedia ada kepada blind atau langsir bercorak ceria
d) Menghampar permaidani sebagai alas kaki ataupun menutup lantai ruang setempat
e) Merubah lantai berkarpet kepada vinyl wood tile untuk kesan lebih natural dan damai
f) Menambah kusyen sebagai penambah gaya dan seri pada sofa atau kerusi
g) Merubah gaya perabut sedia ada dengan suntikan upholstery
Idea-idea di atas dapat dibantu oleh sentuhan juruhias atau kontraktor hiasan yang berpengalaman.
Walaupun perubahan ringkas yang disempurnakan di ruang pilihan ia tetap memberi kesan kepada persekitaran setempat.
No comments:
Post a Comment